Pengikut Setia. ;)

Thursday, 6 December 2012

TANGISAN LELAKI.


Assalamualaikum..


LELAKI memang terkenal dengan sikap ego yang tinggi. Walau dalam apa jua perbuatan lelaki sememangnya ingin dilihat tampil bergaya. Namun, lelaki juga manusia biasa yang punya persaan dan apabila perasaan mula mengemudi emosi, akhirnya gugurlah air mata jantan.
Tidak dinafikan, menangis sinonim dengan golongan wanita. Namun, apabila lelaki menangis, pasti ramai yang terpinga dan tertanya-tanya mengapa. Ayuh kita ketahui punca lelaki mengalirkan air matanya.

1. KEMATIAN ORANG YANG DICINTAI
Seperti wanita, lelaki turut berasa kehilangan apabila kematian orang yang dicintai. Memang, lelaki sangat sukar untuk menangis, namun jika dia menghadapi momen perit seperti kematian sudah pasti jasadnya tidak tertangggung menahan kesedihan. Jangan terkejut sekiranya mereka menangis teresak-esak mengalahkan wanita.
Selalunya kematian melibatkan pasangan seperti isteri, ibu atau ayah menyebabkan mereka tidak segan untuk menitiskan air mata walaupun di hadapan khalayak ramai. Lebih-lebih lagi, mereka berasa keseorangan selepas kehilangan  kasihi yang juga merupakan insan yang paling rapat dan memahami mereka sebelum ini.


2. KETIKA BERGELAR AYAH
Menyaksikan sendiri proses isteri bersalin pasti sesuatu yang indah dan memberi keinsafan kepada golongan lelaki. Mereka pasti rasa begitu terharu melihat zuriatnya bersama isteri yang dicintai lahir ke dunia di depan mata dan kesakitan yang terpaksa ditanggung isteri ketika proses kelahiran. Justeru, ramai lelaki mengalirkan air mata gembira ketika melalui detik manis itu.


3. KEGAGALAN
Tidak semua lelaki mampu menanggung kesedihan akibat kegagalan. Selalunya mereka mudah menangis sekiranya berdepan dengan kegagalan rumah tangga mahupun kerjaya. Setelah menemui jalan buntu dalam menyelamatkan sesuatu yang dibina dengan usaha keras daripada berakhir. Selalunya apabila berhadapan dengan situasi seperti ini, lelaki tidak mempamerkan perasaan itu secara terang-terangan. Mereka lebih gemar bersendirian dan menangis sepuas hati di tempat bersembunyi.


4. KESYUKURAN
Lelaki juga mudah menangis apabila terlalu gembira dengan sesuatu perkara. Selalunya apabila dia berjaya mencapai sesuatu kejayaan yang diimpikan setelah berusaha gigih sekian lama. Air mata yang gugur tanpa disedari dan berkongsi keperitan hidup dengan insan terdekat. Bagi mereka, mengingati kepayahan di masa lampau sehingga berjaya mendaki puncak kejayaan adalah sesuatu yang begitu sentimental baginya.


5. KEINSAFAN
Mendapat petunjuk menjadi insan yang lebih baik antara sebab lelaki mudah menangis. Selalunya bagi lelaki yang beragama Islam, selepas menerima hidayah untuk berhijrah ke arah yang lebih baik, mereka mudah tersentuh ketika mengenangkan dosa-dosa lampau. Namun kesedihan dan tangisan mereka itu adalah tangisan keinsafan. Ketika berhadapan dengan situasi tersebut, mereka jarang mempamerkan secara terang-terangan namun dari riak wajah, terserlah keinsafannya. =)

No comments:

Post a Comment