Pengikut Setia. ;)

Thursday 13 December 2012

C.I.N.T.A??




Assalamualaikum..

Semestinya semua orang kenal dengan perkataan CINTA, LOVE yang bermakna kasih sayang kepada sesuatu ataupun seseorang. Tapi, untuk siapa yang kita cinta?

Sebenarnya, sekarang ini ramai yang menggunakan perkataan CINTA kepada orang yang tiada ikatan yang sah dengannya. Wajar kah?

Sedangkan dengan ibu bapa, kita payah untuk mengungkapkan perkataan CINTA kepada mereka. Ibu bapa lah yang menjaga kita sejak kecil seperti menatang minyak yang penuh. Mereka lah yang mencorakkan kita kepada kebaikan daripada kain putih yang suci itu.

Layakkah orang yang tiada ikatan pertalian dengan kita merampas perkataan itu (CINTA) daripada ibu bapa kita sendiri?

Terlalu mudah untuk kita menghamburkan perkataan CINTA kepada orang yang belum sah menjadi hak milik kita yang tidak semestinya berkekalan, yang mungkin tidak menyayangi kita seadanya, atau yang tidak mungkin membawa kebahagiaan kepada kita. Apatah lagi kita lebih senang mencipta sendiri dosa dengan perbuatan kita itu kerana akan membawa kepada zina. Zina ni banyak. Zina hati terutamanya..

CINTA itu memang cahaya sanubari yang dikurnaakan Allah kepada manusia tetapi takkan kita sanggup mengukapkan perkataan itu kepada teman lelaki atau wanita sedangkan untuk suami kita nanti?

Sebaiknya, kita CINTA lah kepada Yang Lebih Berhak iaitu Allah SWT. CINTA kepada Sang Pencipta ini akan dibalas dengan kebaikan. CINTA kepada Allah tidak akan LAYU, tidak akan PUDAR, tidak akan MENGECEWAKAN, tidak akan MERUGIKAN malah akan menambah KEBAHAGIAAN, KETENANGAN kepada diri kita.

Jangan lah kita sibuk mengejar CINTA manusia selagi CINTA kepada Allah kita endahkan, tidak terlaksana lagi.

Sesungguhnya, KESEMPURNAAN itu hanya milikNya.

#LOVEALLAH



Palestine Will be FREE!!



Assalamualaikum...

 Setelah sekian lama cerita pasal rakyat bumi Palestin yang terseksa dengan serangan rejim zionis Israel, kini mereka akan merasa kegembiraan kerana tanah Palestin yang selama ini dirampas oleh Israel akan dikembalikan semula. Alhamdulillah...


Ramai rakyat di Malaysia turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada mereka even tidak membantu secara serangan terhadap Israel. Walau bagaimanapun, sedikit sebanyak sumbangan yang diberikan kepada mereka akan mengurangkanlah sedikit kesusahan mereka. Sekalipun Allah amat menyukai mereka yang bersedekah dengan ikhlas. Memberikan duit syiling 10 sen pun akan dikira oleh Allah sebagai pahala. Syukur.. :')

Apatah lagi mereka yang turut bersama-sama pergi ke Palestin untuk menghulurkan bantuan. Sesungguhnya amat murni hati mereka. Kalau saya diberi peluang, tentu saya tidak akan ketinggalan mengikutinya, teringin sangat hendak melihat kehidupan mereka disana, dapatlah kita menginsafkan diri melihat kesusahan mereka, penderitaan mereka. Sedangkan kita masih boleh makan makanan yang enak tetapi masih lagi membazir. Mereka? hendak mendapatkan sebutir nasi pun payah. Ya Allah!

Kerana itu, kita harus bersyukur kerana negara kita bebas daripada dijajah. Tak perlu lah kita merungut kerana ada lagi orang yang lebih susah, yang lebih memerlukan. Semoga kita semua boleh ambil iktibar dari apa yang berlaku kepada saudara Islam kita sendiri. Assalamualaikum!

#SAVEGAZA



Monday 10 December 2012

Rahsia Zikir.



Assalamualaikum..

Bagi sesiapa yang ada masalah tekanan jiwa yang tidak dapat dibendung lagi, korang bolehlah berzikir. Tak kira la korang berada di mana asalkan bukan di tandas.


Apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ia menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan  saraf otak tersebut.

Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada sudut perspektif berbeza dan semakin kretif dan kritis. Otak yang cergas dan segar secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Oleh itu, korang berzikir lah banyak-banyak supaya otak kita sentiasa cergas di samping kita boleh melakukan kebaikan. :)

Zikir Hafiz Hamidun:
Astaghfirullah>http://www.youtube.com/watch?v=9NcS_2Io9t4
Lailah Illallah>http://www.youtube.com/watch?v=4PiTfPMv6qQ
Subhanallah>http://www.youtube.com/watch?v=HeEgEvWXXAg

Sunday 9 December 2012

Cantik Di Mata ALLAH.





Assalamualaikum..


Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya(akan keadaan dan amalan kamu)." [Al-Hujurat:ayat 13]

Ayat ini jelas mengatakan sebaik-baik umat di dunia ini adalah mereka yang memiliki IMAN dan TAQWA yang teguh bukannya KECANTIKAN luaran yang menjadi penilaian. Itulah kriteria yang disenaraikan dan disukai oleh Allah. HIdup di dunia hanya untuk mencari keredhaan Allah dan memikat hati-Nya bukan untuk kepuasan manusia lain.

Hal ini juga telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras, keturunan dan harta benda kamu, akan tetapi Allah melihat kepada keimanan dan amalan-amalan kamu." Ini kerana semua perkara di atas akan hilang dimamah masa kerana manusia tidak akan hidup selamanya. Cantik di mata Allah adalah lebih penting daripada cantik di pandangan manusia.

1. TUTUR KATA YANG SOPAN


Seseorang yang mempunyai kecantikan rohani begitu unggul akan terpancar bukan sahaja dari raut wajahnya malah tutur bicaranya yang sopan. Dia sentiasa tenang melontarkan butir kata dan pendapat dengan nada penuh kelembutan. Setiap apa yang dikatakan mendatangkan manfaat yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya. Ia diperoleh melalui ilmu pengetahuan yang dicedok dari orang-orang yang berilmu dan beriman.



2. MENGGUNAKAN PANCAINDERA SEBAIKNYA

Allah mengurniakan pancaindera yang sempurna kepada kita dengan tujuan memudahkan kita untuk beramal ibadah kepada-Nya. Gunakan ia untuk menyerap ilmu-ilmu Allah melalui pandangan kasar ataupun yang tersirat. Banyakkan bersedekah, bertafakur, mendengar perkara kebaikan, berjalan ke tempat yang bermanfaat dan menjamu selera dari sumber yang halal. Bukan susah untuk melakukannya kerana selagi ada usaha di situ ada jalan.


3. MENJAGA KEBERSIHAN HATI

Muslimah yang berperibadi cantik mampu menghilangkan penyakit hati dalam diri seperti sifat marah, benci, dendam, hipokrit, sombong, bongkak, bangga diri dan sebagainya. Jiwa akan rasa lebih tenang dan selesa setiap masa kerana sifat mazmumah ini mampu mematikan hati manusia biasa seperti kita. Tanamkan rasa syukur, rendah diri dan kasih sayang yang menebal sesama manusia kerana anda akan meniti hari-hari berikutnya dengan penuh optimis.


4. MEMPERBANYAKKAN AMALAN SUNNAH

Kayu pengukur kehebatan iman seseorang dapat dilihat melalui iktikad dan meyakini segala rukun iman yang lima dan rukun Islam yang enam. Selain itu, hidup muslimah yang cantik dalamannya sentiasa berpaksikan ajaran Al-Quran dan sunnah Rasullullah sepanjang hayatnya. Rajin melakukan ibadah sunat untuk memperoleh pahala selain daripada perkara kewajipan. Pengisian kedua-dua ibadah ini mempunyai jaminan kehidupan yang lebih baik.


5. BERPERIBADI MULIA

Perbanyakkan  berzikir dan ingat sentiasa bahawa segala apa yang kita lakukan akan diperlihatkan oleh Allah. Oleh itu, jangan lakukan perkara maksiat dan kunci mulut anda daripada berkata-kata perkara yang tidak berfaedah. Bukankah diam itu lebih baik dari berkata-kata? Elakkan sifat keluh kesah dan mensia-siakan masa kerana perangai ini membawa kepada keburukan.


'HOT' dalam Kalangan Teman.



Assalamualaikum..


Hendak menjadi terkenal atau 'HOT' dalam kalangan rakan anda? Pastinya ada yang tersenyum. Kenapa harus berasa malu? Sebenarnya, apabila dikenali ramai, ia akan menjadikan anda lebih berkeyakinan. Tetapi, jangan pula terkenal kerana kenakalan. Dalam hal ini biarlah dikenali kerana personaliti yang positif.

  • PERANAN MATA
Untuk menarik perhatian ketika berbicara, pandang rakan anda terutama matanya. Dalam hal ini ia menunjukkan bahawa kita menghargai kehadirannya dan suka berbicara dengannya. Dengan cara memandang mata seseorang juga akan melahirkan perasaan lebih rapat dan mesra. Jangan memandang ke arah lain kerana ia seolah-olah kita tidak menyenangi kehadirannya atau tidak menyukainya. #JANGAN BUAT DENGAN LELAKI jikalau anda perempuan dan sebaliknya.



  • HINDARI TEKANAN
Setiap orang termasuk pelajar tidak dapat lari daripada masalah tekanan. Sehubungan itu, jangan jadikan masalah yang dihadapi sebagai penghalang hubungan anda dengan rakan-rakan anda. Jangan bebankan tekanan itu kepada rakan-rakan kita. Seorang rakan yang baik tidak membebankan masalah yang dihidapinya kepada rakannya.



  • AKTIFKAN DENGAN PELBAGAI AKTIVITI
Sentiasa penuhkan masa lapang anda dengan aktiviti-aktiviti yang positif dan berfaedah. Selain itu, adalah disarankan anda mendapatkan lebih kenalan baru. Dengan cara ini anda akan mudah dikenali ramai.



  • MENJADI SEORANG YANG PERAMAH
Jadilah seorang yang peramah, mudah didekati dan mudah diajak. Sesetengah orang yang mempunyai sikap ini secara semula jadi dan orang lain akan berasa selesa di sampingnya. Maka ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu menyapa atau mengajak seseorang untuk berbicara. Dengan cara ini anda akan menjadi seorang yang lebih peramah.



  • JADILAH DIRI SENDIRI ANDA
Cuba menjadi diri anda yang sebenar. Jangan cuba meniru gaya orang lain yang kita rasa popular. Hal ini berlaku kerana setiap personaliti yang baik akan mempunyai rakannya sendiri. Jika meniru gaya pewrsonaliti orang lain ia tidak akan menghasilkan hubungan yang berkekalan. Ini untuk mengelakkan daripada rakan-rakan menuduh kita bersifat pura-pura.

SELAMAT MENCUBA.. ASSALAMUALAIKUM!

Bercuti.

Assalamualaikum.. 

Setelah sekian lama saya bertapa sahaja di rumah tanpa sebarang aktiviti yang akan menggemparkan penimbang berat dengan berat badan saya yang semakin meningkat ni, saya dan keluarga bercadang untuk pergi bercuti selepas kakak saya habis SPM. Untung lah kakak saya tu. Time saya habis PMR, saya pon kena dikuarintinkan. Tak boleh bukak TV beb! Sungguh boring lah masa tu.. Berkat kesabaran saya, tiba lah waktu saya bebas dari sangkar. Ceh! macam burung pulak.

Kami pergi ke Johor Bahru kali ni. Sebelum sampai di Johor, ayah pulak nak cuba masuk Woodlands. Ibu dah membebel kat dalam kereta tu. Haih.. kalau dah ada pasport kan senang. Boleh terus je pergi Singapore. Malangnya, ayah sorang je yang ada. Takkan ayah je sorang yang nak pergi.. 
Then, kami check in lah kat hotel Tropical Inn. Memang hotel dekat sana murah-murah.
Di Johor Bahru ni takde tempat menari nak di lawati. Semua pusat pentadbiran dah dipindahkan ke Nusajaya, yang ada Legoland tu. So, kitaorang pergi Danga Bay.


Danga Bay




Esok harinya pulak, kami pergi ke Masjid Sultan Abu Bakar. Unik sangat seni bina masjid tu. Jumpa pulak Pak cik pelukis ni. Kesian tengok dia takde sapa nak beli lukisan dia. Orang Jepun yang datang pon taknak beli. So, ayah beli lah lukisan dia. Siap bergambar lagi dengan dia.


Masjid Sultan Abu Bakar




Lepastu, kami pergi ke Legoland. Tak masuk pon coz tengok macam budak kecik je. Ramai orang Cina pulak tu. Dengan cuaca yang panas terik, memang sekejap je la kat situ.


Legoland


Setelah dua hari berada di Johor, kami pon bertolak ke Melaka. Time tu dah tak sempat nak balik rumah, dah malam..
just jalan-jalan je kat situ.


Melaka


Okey.. itu sahaja tentang percutian kami yang tak berapa best sangat kan sebab saya cuti di dalam negara je, takde la macam korang semua.. luar negara. Assalamualaikum..

Thursday 6 December 2012

TANGISAN LELAKI.


Assalamualaikum..


LELAKI memang terkenal dengan sikap ego yang tinggi. Walau dalam apa jua perbuatan lelaki sememangnya ingin dilihat tampil bergaya. Namun, lelaki juga manusia biasa yang punya persaan dan apabila perasaan mula mengemudi emosi, akhirnya gugurlah air mata jantan.
Tidak dinafikan, menangis sinonim dengan golongan wanita. Namun, apabila lelaki menangis, pasti ramai yang terpinga dan tertanya-tanya mengapa. Ayuh kita ketahui punca lelaki mengalirkan air matanya.

1. KEMATIAN ORANG YANG DICINTAI
Seperti wanita, lelaki turut berasa kehilangan apabila kematian orang yang dicintai. Memang, lelaki sangat sukar untuk menangis, namun jika dia menghadapi momen perit seperti kematian sudah pasti jasadnya tidak tertangggung menahan kesedihan. Jangan terkejut sekiranya mereka menangis teresak-esak mengalahkan wanita.
Selalunya kematian melibatkan pasangan seperti isteri, ibu atau ayah menyebabkan mereka tidak segan untuk menitiskan air mata walaupun di hadapan khalayak ramai. Lebih-lebih lagi, mereka berasa keseorangan selepas kehilangan  kasihi yang juga merupakan insan yang paling rapat dan memahami mereka sebelum ini.


2. KETIKA BERGELAR AYAH
Menyaksikan sendiri proses isteri bersalin pasti sesuatu yang indah dan memberi keinsafan kepada golongan lelaki. Mereka pasti rasa begitu terharu melihat zuriatnya bersama isteri yang dicintai lahir ke dunia di depan mata dan kesakitan yang terpaksa ditanggung isteri ketika proses kelahiran. Justeru, ramai lelaki mengalirkan air mata gembira ketika melalui detik manis itu.


3. KEGAGALAN
Tidak semua lelaki mampu menanggung kesedihan akibat kegagalan. Selalunya mereka mudah menangis sekiranya berdepan dengan kegagalan rumah tangga mahupun kerjaya. Setelah menemui jalan buntu dalam menyelamatkan sesuatu yang dibina dengan usaha keras daripada berakhir. Selalunya apabila berhadapan dengan situasi seperti ini, lelaki tidak mempamerkan perasaan itu secara terang-terangan. Mereka lebih gemar bersendirian dan menangis sepuas hati di tempat bersembunyi.


4. KESYUKURAN
Lelaki juga mudah menangis apabila terlalu gembira dengan sesuatu perkara. Selalunya apabila dia berjaya mencapai sesuatu kejayaan yang diimpikan setelah berusaha gigih sekian lama. Air mata yang gugur tanpa disedari dan berkongsi keperitan hidup dengan insan terdekat. Bagi mereka, mengingati kepayahan di masa lampau sehingga berjaya mendaki puncak kejayaan adalah sesuatu yang begitu sentimental baginya.


5. KEINSAFAN
Mendapat petunjuk menjadi insan yang lebih baik antara sebab lelaki mudah menangis. Selalunya bagi lelaki yang beragama Islam, selepas menerima hidayah untuk berhijrah ke arah yang lebih baik, mereka mudah tersentuh ketika mengenangkan dosa-dosa lampau. Namun kesedihan dan tangisan mereka itu adalah tangisan keinsafan. Ketika berhadapan dengan situasi tersebut, mereka jarang mempamerkan secara terang-terangan namun dari riak wajah, terserlah keinsafannya. =)